HAI..👱
perkataan PERTAMA, dari pernulisan PERTAMA, pada hari PERTAMA blog ini dibuat. Ya hari ini 09.03.2017, hari Khamis, di PC sebuah pejabat. 😼
sebab berblog?
- aku insan biasa, yang tiada siapa memahami aku melain tulisan blog ini yang menggambarkan siapa aku, tapi aku bukan untuk dikenali, cuba untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. tapi kenapa blog? bukan kawan? sebab aku.. hilang kawan. tapi keluarga? biarkan aku diamkan sahaja, asalkan keluarga aku bahagia tanpa mengetahui betapa diri ini perlukan sesuatu untuk meluah, kekasih? aku ada. tapi.. dia bukan segalanya. segalanya, hanya Allah swt, tuhan yang satu memahami dan mengenali hambaNya ini.
- Aku rasa nak menulis, rasa rindu, aku penah ada sebuah blog satu ketika dahulu, tapi..ianya hanya tinggal memory in my mind. dan sekarang aku mulakan sekali lagi. untuk tatapan aku dan orang yang lalu lalang sepintas lalu.
- Berkongsi. Tentang aku, tentang hidup aku. dan segala benda yang aku rasa untuk dikongsi.
Itu sebab aku kenapa aku kembali berblog. Okey, sedikit pengenalan dari diri aku. kalau bosan, takpe, lalu jer, kita ni tak minta tol. kalau nak baca, baca jerla, kalau takde sapa yang nak baca? takpa.. aku OKEY.
tercetus idea berblog?
kaitan? dengar lagu Dewa - Hadapi dengan Senyuman.
p/s : lagu paling sesuai bila terserempak dengan roadblock polis or JPJ.
kau akan rasa tenang, semuanya kan baik2 ajer..
aku dah kena da, Alhamdulillah abg JPJ yang chomel senyum suh pegi sebelah.
dalam hati nak nangis dah beb, dah la baru jer nak bawa balik kereta baru nak tunjuk ngan mak abah, tapi kondisi kereta, ada la yang tak mengikut syarat, aduhaiiii... bukan hari indah untuk aku..,
lepas tu sorang abg JPJ yang hensem,
minta IC, pusing kereta, dan bagi balik IC, kemudian...
OK CIK, TAKDE PA2, HATI-HATI DI JALANRAYA
dalam hati....
yee, semuanya kan baik2 sahaja.
✌✌✌✌✌
**nota kaki : pada hari tersebut juga, aku kena speed trap. hmmm..


No comments:
Post a Comment