Thursday, 17 August 2017

RINDU

satu perkataan. RINDU.

merangkumi banyak benda,
RINDU pada orang
RINDU pada kenangan
RINDU pada tempat
RINDU pada suasana

tiada siapa yang tahu,
RINDU aku kepada semuanya terlalu tinggi.
andai masa dapat aku putar,
aku pilih untuk terus hidup dalam rindu itu
tapi jalan yang aku pilih kini,
telah membuat aku pergi terlalu jauh dari RINDU itu

Wednesday, 7 June 2017

Kisah hati yang banyak terluka.

Kisah Aku,

aku dah give up untuk semua tok, tiada apa yang aku pinta cuma 1 jak Ya Allah.
kau putuskan hubungan aku dan dia, aku Redha.

aku lelah, lelah dengan segala turutan hati yang terpaksa.
antara suka atau tidak, aku terpaksa.

bukan kerana dia yang dikenang, tapi pada kenangan yang tak pernah putus hilang dari ingatan,
yang tak kurang malah makin bertambah dari hari ke hari.

hati aku, diri aku, tak tahan dan terpaksa merelakan semuanya dalam keterpaksaan.
Aku rindu, Rindu, pada kisah dulu, sebelum kehadiran dia.

Dia? Hamba Allah yang mengubah hidup aku.
Mengubah cara kehidupan aku,
Mengubah siapa diri aku.
tapi perubahan itu, menyeksa hati bila tanpa kerelaan kita.

dalam hidup yang diatur bukan kerelaan sendiri,
aku hilang semuanya,
aku banyak hilang masa,
aku banyak hilang kawan,
aku banyak hilang keluarga,
aku hilang semuanya yang ku mahu,

hidup ini tiada makna, jika kita masih besama.

Ya Allah, aku mohon padamu, aku rela dan redha, hilangkan dia dari hidupku, dan kembali kan aku ke masa aku belum kenal dia. Aku dah tak tahan Ya Allah, untuk diduga hidup bersama hambaMu iaitu Dia, Aku tak pinta yang jahat dalam hidup ini, cukup dia terus hidup bahagia, tanpa ada aku dalam hidupnya.

Wednesday, 8 March 2017

Pengenalan hari PERTAMA

HAI..👱


perkataan PERTAMA, dari pernulisan PERTAMA, pada hari PERTAMA blog ini dibuat. Ya hari ini 09.03.2017, hari Khamis, di PC sebuah pejabat. 😼

sebab berblog?

  1. aku insan biasa, yang tiada siapa memahami aku melain tulisan blog ini yang menggambarkan siapa aku, tapi aku bukan untuk dikenali, cuba untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. tapi kenapa blog? bukan kawan? sebab aku.. hilang kawan. tapi keluarga? biarkan aku diamkan sahaja, asalkan keluarga aku bahagia tanpa mengetahui betapa diri ini perlukan sesuatu untuk meluah, kekasih? aku ada. tapi.. dia bukan segalanya. segalanya, hanya Allah swt, tuhan yang satu memahami dan mengenali hambaNya ini. 
  2. Aku rasa nak menulis, rasa rindu, aku penah ada sebuah blog satu ketika dahulu, tapi..ianya hanya tinggal memory in my mind. dan sekarang aku mulakan sekali lagi. untuk tatapan aku dan orang yang lalu lalang sepintas lalu. 
  3. Berkongsi. Tentang aku, tentang hidup aku. dan segala benda yang aku rasa untuk dikongsi. 
Itu sebab aku kenapa aku kembali berblog. Okey, sedikit pengenalan dari diri aku. kalau bosan, takpe, lalu jer, kita ni tak minta tol. kalau nak baca, baca jerla, kalau takde sapa yang nak baca? takpa.. aku OKEY.

tercetus idea berblog? 


kaitan? dengar lagu Dewa - Hadapi dengan Senyuman.

p/s : lagu paling sesuai bila terserempak dengan roadblock polis or JPJ.

kau akan rasa tenang, semuanya kan baik2 ajer..
aku dah kena da, Alhamdulillah abg JPJ yang chomel senyum suh pegi sebelah.
dalam hati nak nangis dah beb, dah la baru jer nak bawa balik kereta baru nak tunjuk ngan mak abah, tapi kondisi kereta, ada la yang tak mengikut syarat, aduhaiiii... bukan hari indah untuk aku..,

 lepas tu sorang abg JPJ yang hensem, 
minta IC, pusing kereta, dan bagi balik IC, kemudian...

OK CIK, TAKDE PA2, HATI-HATI DI JALANRAYA

dalam hati....


yee, semuanya kan baik2 sahaja. 

✌✌✌✌✌


**nota kaki : pada hari tersebut juga, aku kena speed trap. hmmm..